Friday, 7 December 2012

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Antara amalan hari Jumaat.. Mari amalkan...




Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada k
epala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

HR Ahmad

Imam Ahmad berkata: " Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."

Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah



No comments:

Post a Comment